Penglibatan PI Bogag pada Hari Terbuka PI Skio

9 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 8 Disember 2018, Pusat Internet Bogag dan beberapa pusat Internet lain di kawasan Bau telah terlibat membantu melancarkan perjalanan program Hari Terbuka PI Skio. Program yang berjaya menarik seramai lebih kurang 60 orang peserta itu telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya pertandingan ICT Explorace, permainan KDB ‘action kamen’, kelas keusahawanan asas solekan dan sebagainya. Program ini antara lain dijalankan untuk mendedahkan masyarakat setempat tentang peranan Pusat Internet sebagai pusat sehenti yang bermatlamat untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mengeratkan hubungan baik diantara petugas PI dan komuniti sekitarnya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali